Monday, February 25, 2013

Lego "China"

Farris masih lg gila Lego..

Lego original adalah sgt mahal.. 
kalu beli every week blh pitam..

so we resort to this...
.
.
.
.
.
Lego made in China..
atau Lego xde brand..
(Brand Enlighten)
murah n quality not bad.. xde la susah nk sambung ke,
senang patah ke..

167pcs.. utk harga RM2x.xx (tak ingat harga asal)
boleh assemble jd bentuk lain sama..


yg ni pulak Lego Ninja
(ala ala Ninjago laa)
yg ni mahal sikit RM3x.xx

kalu la bila belajar sama berteleku mcm ni.. konfem jd best student

murah2 hokeh..
bg sesapa yg ada anak suka lego tp xlarat nk melayan kehendak batin nak lego seminggu sekali,
sila la cari lego tipu ni..
berbaloi2..

byk kt kedai2 souvenir n alat tulis...
even some kedai Mesra Petronas pun ada jual..
selected lah..

Kalu anak korg high taste n nak hanya Lego xdapek nk tolong lah..
mcm Farris dia xkisah.. asalkn blh dia sambung2.. mengadap berjam2 buat tu pun dia OK..





Friday, February 22, 2013

New job

aku dh selamat menjoin kompeni baru..
basically ni mmg dream job aku..
cuma dream job aku tu kt company lain n sistem lain..
tp dr segi role n responsibility mmg dream job aku laa..

before this aku buat sistem kad kredit.. now insurance..
byk gak muka2 yg tergezut bila aku ckp aku background credit card..
xde insurance knowledge..
ramai gak yg mcm buat muka esp kt sini post aku agak tggi..
nevermind..
i'll take this as a challange..

so for now aku xde la honeymoon sgt kt sini..
byk nk kena belajar..
n aku kena pick up dgn kadar kelajuan cahaya..
tgk job description.. mak aii mmg besar btl responsibility..
n expectation boss sgt la hebat..
dia mntk aku expert 3 menda ni dulu..

1) the toolset that goes with the admin system. main difference dia I/O routines fully system generated
2) insurance
3) at least one modules at one time..

and i have around 4 and 1/2 mths to prove myself to them hohoho

aku pun xtau aku blh buat ke tidak. bukan menda mudah sbb dh lama aku keje jd programmer je
skrg aku pulak kena buat system study, prepare technical spec n what are the things that have to be done by the developer.. pastu nk kena buat QC pulak kt programming yg developer dah buat..
pastu kena manage resource pulak..

tp yg bestnya no more standby malam2...
selepas 7taun kena standby malam2.. rasanya nilah saat2 paling best dlm idup..

semoga Allah memudahkn perjalanan kerjaya aku selepas ini.. Amin..

Thursday, February 14, 2013

Radiusite

ada sorg staff department lain kt opis ni selalu perati tudung yg aku pakai.. 
ehem! tudung yg cantik ke orgnya yg cantik?
kuang3..

smlm dlm lif dia tegur..
"cantik tudung.. Ariani lg ke?"

oh tidak..
saya suda dpt port baru beli tudung..
iaitu...
jeng jeng jeng..


Radiusite ni blh beli online dan juga offline
butik dia kt Rawang n Shah Alam..
tp kena pantas laa sbb tudung dia cpt sold out..

yg aku beli ni nama dia Mila..
Soft Awning tudung..
i like!!!!!
dh mls nk mengumpul awning keras punya tudung sbb susah nk jaga..

yg mcm ni best.. tak melekap kt kepala..
masih blh dimuncungkan..

blkg hp ada sticker koyak.. courtesy of my anak dara =P
muka au naturel bersih dr sebarang mekap karena dlm tandas baru lepas solat hihi

tp masalah Radiusite ni muka dia kecik sgt laa..
ngam2 utk aku.. kalu org yg muka berisi sikit mmg xleh pakai.. ada kawan aku yg beli sekali dgn aku bila dia pakai awning trus jd kelepet melekat kt dahi.. 

my pic wont do justice to the tudung..
meh tgk model dia pakai meh..
comel model ni..
canner acik tak teruja nk beli tudung korg..

MILA02-01
p/s : tebal betul mekap ko dik.. berapa kilo bedak ko tepek ni ??

Doa untuk menangani anak nakal

Doa untuk menangani anak nakal

1)      Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2)      Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3)       Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4)      Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5)      Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6)      Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7)      Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8)      Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

9)      Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10)   Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang  bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11)   Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.





Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

1)      Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2)      Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3)      Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4)      Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5)      Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali

6)      Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik

miss..

ahhhh...
i miss baking and decorating..
unfortunately, i couldnt my the time to do so..

esp the cleaning part..
:(


Thursday, February 7, 2013

Selamat Jalan Adik Ahmad Adam Syukri

Embedded image permalink

perginya adik Adam ke rahmatullah..

aku dh lama follow adik Adam ni.. dr paper, FB, primadona...
sedih sgt..

ni description psl adik Adam bg sesapa yg xpernah tau: 
(copypaste dr fb mak dia)
“AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED (SEVERE HIE) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK…
“ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.
“DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..”


last few days maknya update ckp anaknya dh agak kritikal sbb oksigen xpickup..
pg td dia update ckp doktor ckp harapan tipis.. n xtahu berapa lama lg Adam mampu bertahan..
n dia ckp dia izinkn sesapa yg nk dtg visit..

since HKL xjauh.. aku blh naik monorel je, maka aku pg..
aku pikir kalu aku xpg maybe aku ralat nnt..
sbb before UMNO (shahrizat) bawak Adam ni dr Sarikei ke KL, aku pernah ckp dlm hati nnt g Kuching nk g Sarikei visit Adam.. sekali masa aku g kuching tu, adik Adam dh dibawa ke KL..
aku xpernah pg visit kt HKL sbb kondisi Adam xmenentu.. ramai2 visit mengundang jangkitan kuman aje kan..
bila mak dia ckp dia izinkn.. maka aku terus lah pg..

masa aku smpi je, ramai org.. n sumer sobbing.
aku sibukla lap mata jgn nangis dpn Nora, mak Adam..
taknak la kan tunjuk sedih dpn org grieving mom..
sekali aku masuk je n tgk Adam.. tgk Nora..
teresak2 aku menangis..
Sedih tgk Adam..
Such a little fighter.. 11 bulan dia hidup..

n heartbroken tgk Nora..
sesapa yg tgk dia pasti akan sedih.. xbermaya..
xde sorg mak pun dlm dunia ni bersedia nk terima kenyataan anak yg dikandung 9bulan akan meninggalkn dia selama2nya..
xkisahla anak tu sakit ke sihat ke.. 

Nora adalah wanita yg hebat. tabah.. 
aku xleh imagine kalu aku ada kt tmpt dia.. 

masa aku smpi dia xbermaya.. dia salam aku n ckp
"saya xtau nk ckp apa kak"..

aku ckp kt dia sabar..
aku pun speechless xtau nk ckp apa..
tp aku dh prepare before hand..
aku n sorg kawan dh tulis note bubuh dlm sampul angpow..
semoga mampu memberi sedikit ketenangan n semangat buat Nora

utk tgk gmbr2 Adam dr dulu smpi skrg,


masa before dibawa ke HKL teruk sgt kondisi dia.. lepas tu much better..
dh berisi, kulit pun makin cantik..

td masa aku visit dia..
subhanallah.. comel sungguh..
probably the most beautiful baby i've ever seen..
bercahaya muka..

xlama lepas aku balik ke opis, dpt berita yg Adam dh meninggal..

Adam, ahli syurga..
Semoga tenang disamping pencipta..

kenapa aku concern sgt psl Adam..
coz i'm a mother..
and actually i feel her..
Farris masa lahir pun lemas.. aku duduk dlm labor room dr mlm ni smpi esok tgh mlm..
sama mcm Adam, Farris pun kena vaccumm. 
kuar2 aje dh biru bibir n xmenangis..
kitorg saspek tu la sbb dia saraf xmatang
(wallahualam.. conclusion sendiri.. tidak disokong sbrg medical evidence)
nasib aku baik..
tp nasib Nora sebaliknya..
tetapi dugaan tu anugerah utk meninggikan martabat n iman kita..
bukan calang2 org yg akan diduga sebegini..
Allah xkn duga kita dgn dugaan yg kita xblh hadapi..
Nora n suami insan terpilih utk jaga anak istimewa..
semoga ada ganjaran utk mereka...
Amin..


Wednesday, February 6, 2013

Blur


gambar kt zoo few weeks back. travel stroller farris masa kecik. soo outdated tp masih elok
faheem duduk dlm ni kejap je.. lepas tu nk masuk jumpsac sbb nk tido..
stilllll prefer melekap dgn mak bila nk tido =P

this is a story about Farris..

aku selalu tulis dia selalu mendengar kata kan..
oh well.. skrg dh darjah 2 kan..
maka pe'el pun sudah ada tukar sikit lah..

last week selasa dia mntk kitorg belikan toys
(lego versi cina) dr kedai dkt dgn sekolah agama dia..
masa tu weekday.. n balik keje penat la sikit..
dia mntk jugak.. papanya pun ckp 
"pg kemas buku dulu. buat homework"
dia pun pg la masuk bilik n kemas2.. katanya no homework
n dah siap kemas buku..
kemudian papanya pun bawak la 3 beradik tu g kedai.
faheem xleh tgk bapaknya setat moto skrg.. 
mengongoi2 nangis nk ikut..
balik dr kedai tu farris pun dengan sukacitanya mencantumkn lego cina tu jd kereta

bapaknya pun amik beg sekolah anak n cek buku..
kemudian bersuara
"esok mana ada maths. kenapa ada maths dlm beg sekolah ni"
yada yada yada (to indicate almost never ending bebelan dr sang bapak)

rupanya dia xsusun buku pun. tu buku yg siang tu punya jadual.
apa lg naik antu la bapaknya..
siap kena tengking ada homework ke xde sebenarnya..
masa ni aku berdiri je atas tangga.. jd pemerhati..
farris pandang aje aku kt tangga sambil tangan slow2 capai buku english..
ohhhhhh ada homework rupanya!!!!!!

bapak dia mmg naik antu laa..
biasanya kalu bapak marah anak2 kaw2, aku cukup xsuka..
sbb bg aku sikit2 dahlaa..
aku yg penat beranakkn dia so biar aku yg marah anak lebih2 ok..
aku sedih kalu org lain marah anak2.. bg aku, aku je yg blh marah anak2 teruk2..
tp frankly speaking.. aku xreti nk marah anak teruk2...

tp mlm tu aku diam je. aku biar je dia kena dgn bapak dia..
sbb aku pun dh naik geram.. 
ini perbuatan yg xboleh dimaafkan laa..
semata2 kerana mainan, dh pandai menipu mak bapak..
the best part is, xbuat keje sekolah..
taun lepas punya la dgr kata
smpi cikgu puji2 bagus farris ni keje sekolah xpernah xsiap.. 
taun ni.. 
OMG.. 
aku lupa hakikatnya anak dh besar
dan ragam pun bertambah..
tanggungjawab kita sebagai mak bapak pun bertambah
risau siott..

risau kalau2 xmampu jd parents yg baik utk anak2..
risau kalu xmampu nk didik anak2 dgn baik..
kepada Allah aku berserah.. eceehh..

sedia atau tidak, semakin anak membesar, semakin byk cabaran yg kena pikul

cikgu pulak bgtau si bapak..
farris kt sekolah blur.. kdg2 nmpk dia khayal n main pensel etc..
ohhhhh
ini la satu masalah yg blm selesai..
masalah tulis terbalik dh setel, masalah xleh baca dh setel..
tggl masalah xleh fokus n blur ni..
susah nk paham.. bila dh lost, daydreaming lah dia..
wandering in his own thoughts
(dyslexia symptom)

agak risau jugak.. just wait n see..
kalu dia xleh catch up kt sekolah..
maybe we hef to consider sending him for tuition earlier than expected..
bkn xnk ajar sendiri..
tp syllabus bdk2 skrg susah2..
BM taun 2.. diftong, konsonan bergabung, digraf, vokal berganding
masa aku tgk buku dia aku xtau bezakan pun apa kebenda semua menda ni.. 
tu baru BM..
blm lg subjek lain..
xtau cara yg sebetulnya nk ajar..
esp bdk mcm farris.. bkn calang2 nk mengajar dia..
bkn nk suruh dia pandai dapat no 1.. tak..
nk make sure dia xlost.. kalu pelajaran darjah 2 dia dh lost..
canner nk catchup yg darjah 3,4 mahupun darjah 6 punya syllabus nnt??
this is my main concern.. 

soon aku join keje baru.
alhamdulillah rezeki murah..
tp rezeki ni utk anak2 kan..
maybe sbb tulah Allah murahkan rezeki aku n suami..
maybe this rezeki "untuk" farris..

projek tuisyen ni kena wait n see..
let us see how.. 
sbb halahaiiii kesiannya dgn farris.
skrg ni pun blm kul 10 dia dh ngantuk.. letih sekolah pg ptg.. 
letak je kepala konfem pengsan trus..
tu pun sib baik ngaji kt sekolah agama..
byr sekali utk kelas ngaji..
org lain rehat 30mins, dia rehat 15mins je sbb sambung ngaji..
kalu ngaji mlm? lgla penat..
n soon kalau sambung dgn tuisyen.. xtaula bila la dia blh buat keje rumah n rest