Tuesday, December 4, 2012

Holiday Kuching - Day 1

finally setelah berbulan2 beli tiket masanya smpi jua..
alhamdulillah 4D3N kt Kuching cuaca menyebelahi kami.. eceh.. 
bahasa skema..

siap sedia bawak payung kot la ujan kan.. alhamdulillah syukur Kuching terang benderang..
in fact smpi panas terik..
hari last je ujan lebat selebat alam.. tp masa tu kitorg dh selamat kt Airport n sedang makan2 isi perut sblm tggu boarding..

Kuching adalah best. Tp the best part of cuti bukanlah tgk tmpt org.. tp bila tgk muka anak2 yg happy adalah priceless..

Masa nk pg adalah sgt nervous. takut sgt kalu Faheem meragam. Flight amik masa sejam setengah.
syukur naik je flight dia tido selepas dpt doses of mummy's milk.
dh nk smpi dia bangun tp alhamdulillah dia ok..

Cut short..

Stay kt Riverside Majestic. Nice hotel. nice room n ada swimming pool (this is a must. sbb anak2 mmg aim swimming pool tiap2 kali pg holiday). very near to Kuching Waterfront. Jalan kaki je. n tersgt la dkt dgn TopSpot Seafood.

so now.. let the pictures speak for themselves...

The Hotel...

Bilik Deluxe. anak dh 3. nk booking bilik Superior system not allowed haha..




view kampung Boyan. kampung melayu seberang sungai..
tempat beli kek lapis. ada 2 kedai besar.. Mira Cake House dan Dayang Salhah
ada jugak food court bukak ptg smpi mlm. ada 2,3 je yg bukak tghari..


view Bangunan Dewan Undangan Negeri. Yg putih tu Fort Margherita dan 
yg bulat tu Restoran Khatulistiwa. Bukan 24hrs.

1st activity.. Jalan kaki ke Waterfront utk pg river cruise. Cruise ni bermula jam 5.30 abis pukul 7mlm.
seswai tgk sunset. Kt sana gelap awal.. Kul 5.30 tu cuaca dh cantik abis mcm kul 6.30 kt semenanjung..

Ada 2 jenis cruise. Satu naik Traditional Boat lg satu naik bot besar. Harga berbeza yg traditional boat RM19, yg bot besar RM60 adult, RM30 children. yg bot besar ni siap ada refreshment (air oren n kek lapis) n pertunjukan tarian dr 3 org penari.

Airasia dan Mas. mana satu pilihan anda?

Mengenangkn bot tradisional tu alahai dktnya dgn air.. anak2 pulak kus semangat..
kang ada yg terjun dlm sungai. Maka kitorg pilih MAS, yakni bot besar.. 
Dlm bot ni jugak masa sepanjang perjalanan ada voice over (recorded punyalah) explain apa bangunan n tempat yg kita sedang nmpk kt kiri kanan sungai..

Masa beli tiket, dgn muka selamba kitorg tanya xde diskaun ke? dtg dr jauh ni.. hehe
sekali dapat daa.. dpt la diskaun 10%.
Moral of the story : Malu bertanya sesat jalan!

pemandangan waterfront n bot yg bakal dinaiki.. 

besar 2 tgkt.. tgkt bawah utk function n tmpt makan2.. utk cruise ni semua naik dok atas.. 



happy faces 


bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak. waktu mlm cantik sgt dgn lampu terang benderang..

The Square Tower (Detention Camp). Mmg betul2 square

Brooke Dockyard. Dah tak digunakan lagi..

Charles Brooke bina Astana ni utk wife dia..
Skrg jadi kediaman rasmi Yang Di-Pertua negeri Sarawak


kampung nelayan. menyusuri sungai sarawak ni mcm tgk 2 dunia yg berbeza... 
ekceli sungai ni membahagikn Kuching kepada 2 bhgn..
Kuching Utara n Kuching Selatan.. yg sebelah sini kampung, sebelah sana bandar..


Restoran Khatulistiwa.. Yg biru tu Riverside Majestic. Kt sini gak one of the point perahu tambang.
ada beberapa port disepanjang Waterfront tmpt perahu tambang amik penumpang utk ke seberang sungai (ke Kampung Boyan)


food court kt Kampung Boyan



atas butik pengantin. bawah tu Mira Cake House. Cerita psl kek Lapis nnt kat Day 3 entry



Riverside Majestic. tempat berkampung 3malam.. 

bot nelayan berlabuh..


anak2 dh kebosanan haha

abang driver yg hari2 bawak bot.. konfem dh boring dgn sungai sarawak



Ini dia kediaman ketua menteri Sarawak.. 

dh ujung2 trip, on the way nk balik semula ke waterfront kitorg semua disajikan dgn persembahan tarian tradisi. Xde la best sgt. kena tgk kt Sarawak Cultural Village baru best (nnt cerita in Day 2 entry)

Selepas abis Rivercruise, kitorg jalan kaki pulak ke TopSpot Seafood atau taman kereta sbb foodcourt ni kt atas bangunan lot parking. Kt sini mmg heaven utk seafood lover lah..
Semua stall adalah Chinese Food kecuali ada satu Muslim stall..

namun demikian usahla khuatir kerana sumer stall ada sijil sah halal dr kerajaan Negeri Sarawak..
terpampang dpn kedai..

Kitorg makan kt ABC Seafood. Sebab rata2 rekemen tmpt ni. 


the selection.. (well of course some of them only.. byk oiiii)
Fresh hokehhhhhh...




and yg kitorg makan utk malam pertama di Kuching adalah...


Sayur Midin masak belacan. 
feberet org sarawak ni. a must try kalu dtg Sarawak kata org.. ekceli midin ni pucuk paku la nama lain kt tmpt kita.. cuma satu la yg aku perasan midin ni batang dia bulat2.. yg pucuk paku kt tmpt kita batang dia ala2 empat segi n keras. yg midin ni rangup je.. 


Lobster BBQ. RM90/kg..
rasanya dia bakar je ni.. xde marinate dgn apa pun mcm kosong je.. 
yg kitorg amik ni saiz xbesar. RM34. sedap giler hokeh. juicy je isi dia..
sambil menaip ni pun kecur air liur haku..

Sup sayur utk anak2.. pilih2 sayur n segala ball n seafood apa2 yg kita nak laa pastu suruh la dia masak apa yg kita nak.. 

hokeh dis is the best. Ketam Nipah. RM40/kg
kitorg amik 4 ekor. campur besar n kecik. masak black pepper. sedap giler. manis isinya..
lg best cicah dgn sambal cili yg ada dorg letak atas meja.. sambal cili tu sekali tgk mcm sambal nasik ayam.. tp ada sharp strong taste. asben suka sgt xtau berapa byk sambal dia mkn mlm tu je.. 

Total bill lauk2 diatas n nasik 4 adalah RM125. mahalkah? ntah la.. rasa berbaloi abis.. 
lepas makan.. terus balik bilik n tido.. kena rest secukupnya sbb the next day nak ke Sarawak Cultural Village pulak. masa ni anak2 dh mengomel bila dpt mandi swimming pool. jenuh la pujuk ckp esok baru pg swimming pool..

anak2.. dlm kepala dorg bila pg hotel je musti kena mandi swimming pool..