Friday, January 6, 2012

Farris dah darjah 1 ;)

saya menggunakan kata gantinama mama dlm entry ini kerana entry ini khas utk anak kesayangan saya.. saya ingin berkongsi suka duka dia bersekolah n satu hari nanti saya ingin dia membacanya supaya dia tau betapa saya mengasihinya dan akn sentiasa berada disisinya selamanya...


Farris dgn baju sekolah agamanya.. Hensem giler anak mama :D

Dari rabu smpi arini (jumaat) mama cuti. Semua sebab anak2.. Mr Papa cuti smpi rabu depan. Farris masuk darjah 1, n Safiya pg tadika. 

semuanya hotwheels.. favourite farris dr kecik..


Hari Rabu 4 Jan 2012, 1st day sekolah. Kul 6.30 dh kejut kan Farris. Pg tu mama tanya Farris nak bawak bekal apa pg sekolah. Farris jawab "cekodok please".. kampung btl anak mama hehe.. nk bawak cekodok pulak. Since dh xder masa, mama cuma grill chicken cocktail utk bekal Farris. hari pertama sekolah, mama n papa antar n tunggu smpi abis taklimat. kemudian balik rumah, amik Safiya (tadika Safiya start khamis 5hb) n pg semula ke sekolah Farris masa rehat kul 9.40am. mama ckp dgn papa maybe Farris lupa nk bawak turun bekal and air. Sekali masa Farris smpi ke kantin, mama tgk Farris dh gantung bekas air kt leher and sebelah tgn pegang duit, sebelah tgn lg pegang bekas makanan. Pandai anak mama. Sebak mama tgk farris aritu.. 

Balik dr sekolah, naik van. 1st day tu, papa tggu sekali dpn sekolah. Nk make sure Farris tggu kt tmpt yg betul. Takde la risau sgt sbb Farris naik van yg sama Farris naik masa ke tadika. 3taun kt tadika, naik van dgn pakcik yg sama smpi masuk darjah 1 tu pun papa mntk pakcik tu yg anta Farris. 

Ptg kul 2.30 pg sekolah agama pulak. blk skolah agama kul 5.30.

Time rehat sekolah rendah, mama n papa pg. Sekolah agama mama n papa xpg sekolah Farris sbb sekolah agama dh sediakn makanan. Farris makan kt kelas dgn kawan2.

Rutin papa, pegi skolah (baik sekolah rendah mahupun sekolah agama) papa akan follow van dgn moto dr jauh. sbb nk tgk Farris smpi dpn sekolah terus masuk sekolah tak merayap2.Balik sekolah, papa intai dr jauh tgk apa Farris buat. mcm tu jugak dgn sekolah agama. Papa akan follow sekali n intai dr jauh. So far Farris ok, smpi sekolah trus masuk sekolah xde merayap2.. smlm papa ckp dgn mama Farris ok. Mama n papa aje yg underestimate Farris. nk menangis mama. Ntah ler kdg2 mama rasa mama still rasa Farris tu masih my small baby. mama keep on ckp dgn diri sndiri. i hef to let him go.. biar Farris berdikari n membesar. tp mothers will always be mothers. mcm2 yg mama risaukn... tp kelebihan Farris, Farris adalah sgt mendengar kata. setakat arini Farris mmg budak baik wpun ada nakalnya.. 

2ns day time rehat kt sekolah, Farris pusing2 satu kantin cari mama n papa. Mama n papa perhati aje dr jauh. lama2 kesian pulak n pg dkt Farris. teman Farris makan.. 3rd day kt sekolah (arini), perhati dr jauh aje. dh bgtau mama n papa xpg kantin teman dia, so Farris kena makan dgn kawan. Jd lunch td, ni lunch mate Farris..


Hadif. Kwn dia dr tadika lg. Too bad Hadif ni xsekelas dgn Farris. mula2 tgk dr jauh aje. Nampak Hadif teman Farris beli air sirap sejuk. mama dh agak dh dlm byk2 food kt kantin tu sure Farris akan beli air sbb Farris ni xleh tgk air berkaler2 pastu sejuk. Minum share2 dgn Hadif. 

dlm dok perhati dr jauh tu, lama2 terpaksa gak pg dekat sbb sedap je Farris letak plastik tu atas meja sambil makan kek pisang pastu air tu tumpah. (pg ni mama nk gorengkn drummet, tp Farris request bekal kek pisang. kat umah dh sarapan nasik goreng + telur ayam kampung goreng (ingat ye ibu2, rajin2 la bg anak makan telur esp telur ayam kampung. Omega 3 hokeh. Harga kt pemborong telur kt area sini satu sarang 30bijik RM12.30))..

Pas air tumpah, Farris dok sedut2 lg air dr dlm plastik tu. Mama soh papa belikan air lg tp beli dlm gelas. Mama nk belikn utk Hadif sama tp dia xmau. Last2 mama suruh Hadif share air dgn Farris baru dia nk minum.

time balik sekolah rendah lak, ni xtvt Farris. musti beli mainan dgn duit poket papa bagi. 

menonggeng2 pilih mainan.. papa dok perati dr jauh n snap gmbr farris. Farris xtau pun papa tgh intai farris kan. Rajin papa tau tiap2 ari pg balik sekolah rendah n sekolah agama dia intai Farris make sure Farris ok.. 

ramai btl org yg menjual dpn sekolah. geram btl mama. kalu jual makanan berkhasiat tu ok lg. mama xpuas ati btl org yg jual junk food n mainan. balik sekolah td beli air gas perisa strawberry. Farris ckp "Safiya suka air stroberi". Masuk je dlm rumah, Farris kejut Safiya yg tgh tido soh minum air. One thing about Farris n Safiya, korg berdua sgt close. mcm isi dgn kuku. Maybe sbb both of them beza umur pun 2taun setengah aje. Smlm mama bawak Safiya pg beli barang dapur, Safiya mintak singgah 7 eleven. Nak beli slurpee alasan dia "Nak beli air yg abang suka". Mama harap Farris n Safiya akan jd besfren smpi bila2..

Malam td tgk Farris tido, mama nangis sorg2.. sebak rasanya. Rasa mcm xpercaya anak mama dh besar. anak yg masa kecik dulu sgt susah nk jaga sbb kuat meragam. tp sapa sangka bila dh besar Farris sgt mendengar kata. diam xdiam Farris dh menginjak 7taun. jauh disudut hati mama rasa bersalah.. dlm tempoh 7taun ni, cukup ke kasih sayang, didikan dan masa yg mama dh bg utk Farris?

mama sgt risau Farris pg skolah. kena buli ke? kena pukul ke? pndi ke nk pg tandas? pandai ke nk beli makanan? mcm2 lah.. tp mama tau mama xkn blh selamanya mcm ni. Farris kna membesar, kena learn what life is all about thru experience. n mama kena let Farris "go" sbb Farris bkn lg mama punya small baby.



dah pandai berkwan ;) . few mths back, masa bday anak opismate papa, farris buat hal sndiri. xpedulik pun game musical chair. bru2 ni ada dinner geng2 moto papa, ada game utk bdk2. Farris tetiba ckp "mama saya nk hadiah". mama pun ckp "pg la main". farris trus berlari n beratur. n to my suprise, farris join musical chair punya game. tp awal2 lg dh tkeluar sbb bdk yg main lg besar2 dr farris n farris tersgt la sentimental nk rebut kerusi.. ;)

Hidup takkan sentiasa manis untuk Farris. tp mama doa, semoga Allah akn sentiasa merahmati hidup Farris, Allah akn sentiasa permudahkn segalanya utk Farris. 

Mama and papa akan sentiasa sayangkan Farris. Semoga Farris membesar jd hamba Allah yg baik dr segala segi. Insyaallah.. Amin