Monday, November 14, 2011

Diagnostic Test

Sabtu lepas diagnostic test utk kemasukan darjah 1 taun 2012 kt sekolah Farris. Aku xg hantar pun. siap2 kn dia kt umah aje. Husband yg hantar dia..

Utk test ni, dia kena pakai baju sekolah. Mixed feelings aku tgk Farris. Terharu sbb dh besar dh anak aku. xsangka berjaya jugak aku membesarkn dia.. paling berat perasaan aritu adalah.. aku bersyukur Farris pg test ni sbgi Farris yg dh pandai membaca, dh pandai menulis, dh pandai mengira.. Kalu lah xleh detect masalah dia , maybe dat day dia pg test tu sbgi org yg xtau apa2..

Bulan 11 taun lepas lah yg aku tau Farris ni dyslexia.. It's been a year pun. Masa mula2 aku tau tu, aku rasa dunia aku gelap seketika.. brhari2 aku menagis. yelah mak mana yg blh terima keadaan anak dia yg lain dr yg lain wpun bukannya in life threathening situation pun kan.. tp definitely as a mother, we have this protective-nurturing instincts and definitely we wished and hoped for the best for our children kan. Esp bila involve future dorg kan..

dlm tempoh setaun ni, byk yg di tempuh, byk effort yg dh dibuat, n of course with the help of the teachers back in his kindy, his doctor, dgn izin Allah (n with doa kwn2, family etc), bukan lah nk ckp Farris walks out of dyslexic condition 100%, but he improved a lot.. wpun kdg2 choice of words dia masa bertutur salah, sususan ayat dia xbetul, tp dia dh show us tremendous improvements. Dia lebih pandai converse in english compare dgn BM. kalu BM kdg2 dia ckp mcm dia tgh mumbling. Tapi still blh dipahami. Agaknya sbb dia setat belajar bertutur kt tadika english-based. masa tu mana laa aku tau anak aku dyslexic kan..

Final yr assesment kt kindy pun ok. result bagus. agama still teruk but better dr 1st assesment. Yg ni mmg susah sikit lah. bab hafazan mmg susah dia nk dpt.. mmg ciri2 budak dyslexia, sukar utk meritmakan bunyi. Sbb tulah budak dyslexia lmbt bertutur, xleh membaca. Mcm org yg pekak, dorg xleh bertutur wpun xbisu sbb dorg xpernah dgr bunyi so xtau mcmana nk produce sound. samalah mcm dyslexia, kalu dorg sukar nk meritmakan bunyi, canner nk bertutur dgn baik, canner nk membaca coz it's all about making sounds.. so parents, kalu anak korg by age 2 y-o pun berat mulut, blh cakap only few words, go get some advice from professionals ya.. Farris bercakap at the age of 4. before that dia blh ckp few words sahaja. milk, eat, mama, papa... aku xingat dh kalu ada yg lain..

So for next yr, sekolah agama, kitorg kena enroll dia sekolah agama private. yg sekolah agama rakyat (gomen ) punya xseswai lah.. ramai sgt student. sekelas 40org.. kena cari yg kelas kecik2 n bg intensive iqra class..

yg sekolah rendah ni pulak, darjah satu ada 8 kelas. giler ramai penduduk kt sini kan. padahal ni sekolah ke dua ni.. aku harap Farris akan duduk kelas tgh2.. kelas ke 4 ke, ke 5 ke, xkisah lah. Janji bukan kelas dpn2 n kelas ujung2.. Sbbnya aku takut kalu kelas depan2, cikgu ajar terlalu laju. kelas ujung2 laks.. takut too slow utk dia. kdg2 susah jugak bila dipikirkan.. sbb dia ni bukan xpandai langsung, cuma dia ada special needs. And that needs, if not fulfilled, he may not have the chance to blossom. Semoga Allah mengiringi kami dalam setiap perjalanan kami.. Aminn...


The next Bill Gates. I will always love you son...