Sunday, August 7, 2011

Nasib badan..

Last week baca blog RedMummy. Aku ni bukan follower dia pun. tp aritu bukak blog dia nk baca cerita psl maid dia..

sini : http://redmummy.com/2011/08/05/fifin-novianti-yang-keparat/

Sian aku dgn RM ni tetiba maid lari masa tgh peknen. btl2 cam kes aku.. selama ni dia puji baik maid dia, tp tetiba buat hal. Mengikut pengalaman aku yg dh ada 5 maid ni. ye.. diulangi!!! aku dh ada experience dgn 5 maid termasuk yg latest ni.. baik mcmana pun maid ni, ko jgn la percaya sgt. nama je sesama islam, org ckp Malaysia - Indonesia ni serumpun. Hakikatnya mentaliti dorg ni sgt teruk. Ko baiklah mcmana pun dgn dorg, kalu dorg nk buat hal, xder pikir dah layanan baik kita kt dorg.. maybe sbb masing2 tu miskin tegar kt Indon, maybe this is they way they survive - menipu!

Aku sendiri xpaham apa masalah Indon ni. cubalah balas budi baik kita sikit... sng je caranya.. ckp bila nk berenti keje. jgn nk lari2.. sgt lah menyusahkn org! Tetiba lari, mmg konfem la berhari2 ko kena EL, uruskn anak2.. mana nk cari sapa nk jaga lagi.. kalu anak dh besar xper.. kalu kecik lg canner.. kalu jenis cam anak aku canner.. separation anxiety terlampau..

Apa yg RM sedang lalui tu, aku dh lalui.. dgn bwk perut lg.. yes sgt lah mentensenkan.. Sgt2 tertekan. Ko laki bini pun blh bergaduh sbb masing2 tensen. Aku selalu ckp dgn diri aku, nk nangis, nangis lah. amik masa satu hari nangis puas2.. Next day, aku musti senyum, hidup mcm biasa. wpun susah, aku tetap kena idup mcm biasa. tp yg bagusnya bila dh jd mcm ni, aku jg manusia yg lebih sabar n byk muhasabah diri. Aku percaya setiap misfortune kita disbbkn kita punya "misbehave". Ni sumer wake up call dr Allah. kalu Allah xduga kita, kita xingat kt dia.. kita lg byk lalai. Tu blm lg dosa2 kita dgn org sekeliling, dgn mak bapak lagi.. dgn solat dan lain2 amalan yg kita lewat2kan lagi..  maybe ada gak rezeki kita yg xberkat, kita xtau..

So skrg mmg aku sgt2 mencuba utk perbaiki diri sendiri. Tp aku bukan nabi, bukan maksum.. on off aku buat lg salah silap tu sumer.. tp aku selalu pegang, sekurang2nya aku mencuba... setiap hari musti lebih baik dr hari sebelumnya..

Aku cuma berdoa semoga RM tabah lah menghadapi ujian dr yg Esa.. tp bezanya RM dgn aku, dia byk duit. Utk org yg golongan marhain mcm aku ni, maid lari, lebur duit byr agen RM6500.. letak tangan kt dahi oooo.. nk cari lain, kena kuar duit lg.. Sadiss!!!

Ni lg satu cerita kesian..
Last saturday, aku sefamily bukak puasa dgn kakak aku n anak2 dia. sebelum g rumah kakak aku, aku pg hospital Ampang, visit sepupu aku punya wife, J. J ni besfren aku masa kecik. On the way ke hospital Ampang tu, kitorg singgah restoran feberet kitorg tapau Lamb Madghut and Chicken Madghut utk bukak posa kt rumah kakak n sebagai buah tgn utk cousin aku.

Actually J ni dh lama sakit. tp aku baru ni visit dia. Sbb sebelum ni dia warded kt hospital Temerloh. Since condition dia xbaik2, hantar ke hospital Ampang sbb HA ni byk pakar darah. Even satu floor dia sumer pesakit penyakit yg sama - Kanser Darah.

Masa aku smpi, J ni nk nangis tgk aku. Aku kontrol aje. tp dlm hati mengucap panjang tgk dia. yelah xkn aku nk nangis tgk org sakit. kita kenala buat2 cam bese jgn la nmpk sesak sgt tgk dia kan. Masa aku smpi tu aku tgk mata kiri dia bengkak n lebam hitam. mata putih merah menyala.. tu pun sikit je nmpk mata. Mata belah kanan ada patches2 lebam itam. aku xcakap psl hitam mcm org xcukup tido ye.. ni hitam mcm cat hitam ok. aku tanya kenapa dgn mata. dia ckp sbb kurang platlet darah.

Rambut gugur.. kesan dr chemo. bibir pecah2.. dia ckp dgn aku dh scan otak sbb takut ada pendarahan dlm otak. Alhamdullillah Ok. cuma result scan mata blm keluar.. Sebelah buah pinggang dia dh rosak. Sbb byk sgt makan antibiotik. Dh lama hospital temerloh nk anta hospital ampang, tp dia xnk. doktor kt sana xtau nk buat apa, bg makan antibiotik. xbaik2.. last2 rosak buah pinggang sebelah.

Setiap hari masuk platlet. Nmpk la merah sikit kulit, xder la pucat sgt. Blh la bercakap wpun perlahan. Berbaring ajelah satu hari. nk kencing pun pakai pampers. sedih btl aku tgk. Umur sebaya aku, 33. tp dia ada anak 4. anak bongsu umur 8bulan. sedihkan.. Dia ckp dgn aku doktor dh bg ubat dos yg paling tinggi dah. Next dia akan di schedule for 2nd amik air tulang belakang, nk tgk ada improvement tak kt kilang darah..

Sedih sgt aku tgk. terasa sgt dlm hidup ni xder apa yg lebih berharga selain drpd dikurniakan kesihatan yg baik...

Tp satu yg aku respek dgn cousin aku, asben J ni.. dia kitorg family sumer kenal sgt lah peelnya.. someone yg baran n ego terlampau tggi.. Tp satu yg aku respek, selama berbulan2 wife dia terlantar kt hospital, dialah yang jaga. Dia lah tukang lap2 badan isteri, tukarkn pampers isteri, suap isteri makan, basuh berak isteri... Aku tanya dia tido kt mana. Dia ckp tido atas lantai, alas dgn Toto. aku rasa sgt touching.. biasa kita dgr org ckp, nk tau sejauh mana baiknya lelaki tu, tgk bila dia jaga isteri dia bila isteri dia terlantar sakit.. bukan sakit nk beranak ye. sakit nk beranak ni lain, sumer lain jd baik giler.. maklumla nk lahirkn zuriat dia. lgpun beranak ni sakit sementara.. ni yg aku ckp ni sakit terlantar yg bila2 ko blh mati punya..

Aku rasa sgt touching bila tgk cousin aku bergurau dgn isteri dia. Mata dia, pandangan dia, senyuman dia.. sama yg aku tgk masa dorg tgh bercinta.. I mean, u can see love, a real one! Cinta Sejati.. Padahal isteri tu dlm keadaan yg sgt2 teruk bg aku. trus dlm ati aku berkata "ni lah rezeki kau J. xsemua org dpt laki mcm ko. maybe satu dlm sejuta aje"..

Aku berdoa pada Allah semoga Allah kembalikan kesihatan J, semoga dia dapat bersatu semula dgn suami dia dan anak2 dia yg masih kecil.. Amin..

Sesungguhnya Allah nk duga kita dgn mcm2 cara kan.. kita pulak nnt, ntah apalah Allah nk duga.. sama2 lah kita bertabah..