Monday, June 20, 2011

Farris K2 First Assessment

Last saturday parent-teacher meeting kat kindy dia. Discuss pasal progress and assessment result. Budak2 sekrang tadika xmcm kita dulu kan.. siap ada assessment. Masa aku kecik2 dulu, pg tadika kemas je, ari2 main2, menyanyi, baca ABC. masuk darjah 1 baru terhegeh2 nk belejar kenal huruf n baca. What do u expect, dah ler tadika kemas, kt Felda pulak tu..

So last week basically discuss progress farris, which is very2 good. Mind u.. my son is dyslexic so to those of u, mmg lah biasa2 aje. But for us, even one small progress means BIG to us.

Cikgu dia ckp, byk improvement. Kalau cikgu bg soalan kt kelas, dia konfiden, trus jawab. xmcm budak2 lain musti tanya banyak. Kerja sumer siap. Membaca dh better. Dh blh baca pun.. tp aku mention la dgn cikgu dia yg Farris ni still problem dgn "u", "n".. selalunya dia fail baca "untuk", "mempunyai".. etc.. those yg "u" dgn "n" sebelah menyebelah. Most of the time, "untuk" jd "nutuk" (sbb u adalah n yg terbalik. he sees things in reverse image remember?). kecik punya problem lah.. will fix in time insyaallah..

Result Assessment :
Malay - 100%
English - 99%. Yg salah tu sikit je. soalan nya kena susun Monday - Sunday dgn betul. Dia blh susun dgn betul tp kena tolak satu markah sbb dia eja wednesday as "wednsday". tertinggal satu "e".
Maths - 76%. Yg ni byk salah kt tolak n tambah. Asben trus ckp kt cikgu dia "ni musti dia tertinggal nombor 16 masa mengira ni". cikgu dia jawab "ye betul. dia selalu tertinggal nombor 16. sbnrnya biasa bg bdk2 terskip no either 14,15 or 16,17. A good fact. Pretty interesting kan? Masa ni gaks aku terkesima.. nmpk sgt aku dh lama xmengajar Farris smpikn asben yg perasan bukan aku.. humm.. mmg pun sejak peknen aku dh jarang ajar Farris. cuma time aku baca paper aje on weekend dia akn dtg n tumpang baca sekaki..
Mental Arithmetic - 86%. mental arithmetic ni aku xtau sgt. tp yg aku tau dia mengira pakai sempoa. Cikgu bg dia sempoa kecik (besar tapak tgn aku aje) utk mengira. aku ada gak tanya Farris mcmana nk guna tp aku selalu confuse hehe
General Knowledge - 80%. ni very2 general knowledge daa.. Cth soalan; ada byk2 gmbr n dia kena warnakan objek bernyawa.. etc
Agama - 48%. Ok ni dh jatuh tahap fail ni. Tp aku xsalahkn dia lah... Subjek ni byk hafazan. Farris belajar bercakap masa umur 4taun. So kitorg mmg tak expect dia akan berjaya hafal segala doa or anything related to hafazan ni mmg kitorg xpaksa. Cuma skrg asben setiap mlm bawak dia pg surau, bwk pg solat isyak. Mudah2an dia lebih cpt dpt menghafaz. Next yr nk setat hantar kelas mengaji dah.. Insyaallah..

All in all, kitorg sgt hepi dgn progress dia. Aku ckp dgn asben since cikgu dia pun ckp dia ok, dh blh membaca both malay and english better, tak payahlah pg persatuan disleksia. bukan apa, persatuan ni ada quota utk satu2 masa.. let those more unfortunate than us have the chance to study there. Persatuan ni non-profitable organization.. byk lg yg less fortunate than us who needs more help.

ramai yg tanya kt aku WHY KRISTA? Bagus sgt ke KRISTA ni? Jawapan aku senang aje. byk lg tadika2 yg bagus kt Malaysia ni mcm Smart Reader, Qdees, Beaconhouse, Real CEC, Genius Aulad... etc (just to name a few).. Carilah yg mana korg rasa meet your preferance and budget.

Aku percaya it's not about school. It's about the teachers. kalau tadika xder nama sekalipun, kalu cikgu2 dia bagus, insyaallah budak2 akn dpt same level of education kt sekolah2 yg ada "brand". But at the same time, i do believe in branding. Logik akal lah kan, kalu sekolah tu ada nama, ada branding, secara otomatis dorg akan pikir kualiti, n letak cikgu yg bagus2.. betul tak?

masa nk masukkn Farris ke sekolah, the decision is made by me. Aku cek 2 sekolah. Smart Reader n Krista. Mula2 aku pg Smart Reader, tp hampir heart attack dgr yuran yg nk kena byr.. hahaha... Of course kualiti Smart Reader xleh dipertikaikn betul tak? tp masa tu aku buat keputusan ikut bajet yg dh dibentangkn by Domestic Finance Minister.. So kansel..

Next pg Krista.. actually walking distance aje dr rumah aku, kira satu jalan aje.. Mula2 call n tanya. Next pg jupe the principal. Dia explain pasal yuran bagai, Domestic Finance Minister cakap, ok, pass. Next question yg aku tanya miss principal "ada homework tak?". Miss Principal cakap "tak ada. Lgpun for 4 y-o, kt sini kita byk fokus on playskool, mastering 5 senses punya skill, socialize etc etc bla bla bla...". trus aku cakap OK. we agree! Aku xnk anak aku belajar kt sekolah yg ada homework, balik rumah kena buat homework. it's a big no no to me. I want my kids to be kids. Balik rumah blh main n tgk TV. enjoy life as children bukan jd dewasa sebelum masa..

Taun lepas aku pernah ckp dgn asben taun ni (Farris 6taun) nk anta Farris ke Tadika Islam yg english based. Kunun masa tu aku pikir bagus la sikit fokus more on agama pulak. Sekali tu, last yr masa final assesment (Bulan 10 taun lepas), teacher dia n the principal berterus terang dgn kitorg ttg apa yg dia perasan "something is not right" somewhere dgn Farris n suggest kitorg bwk g jupe specialist. We took the suggestion positively and pg jupe child psychiatrist yg akhirnya mengkonfemkn yg Farris ni mild dyslexic. So aku terus xjd dgn planning nk tukar Farris ke sekolah lain. Masa ni aku pikir kan lebih senang kalu stick dgn cikgu yg sudah sedia maklum dgn kondisi dia.. Lgpun cikgu dia been so kind to him. Dlm kelas dok kt sebelah cikgu. Cikgu bg tumpuan lebih kt dia.. Sbb masa Farris blm improve cam skrg, dia ni suka mengelamun. Kalu cikgu lepaskn dia, maka lost lah dia dlm dunia dia.. Selama dia under treatment, the teacher monitor his progress closely n cikgu dia slowly "let him go" on his own, pindahkn dia dok kt belakang etc.. and we discussed a lot. We communicate a lot. and akhirnya we have progressed this far! In a way kitorg byk terhutang budi sama dgn cikgu2 dia.. Selain dr doa, n ucapan terima kasih, weekend ni aku nk pg beli kain baju raya utk cikgu2 dia.. That's the least I can do to thank them. Nk bg lebih2 xmampu.. Raya lmbt lg, tp elok ler aku pg skrg sementara kesihatan aku mengizinkn..

Maka sticklah Farris kt sekolah tu smpi ler skrg. n next yr turn Safiya laks kt sekolah yg sama.. insyaallah..

And if you ask me, I would say that bukan Farris dpt sekolah yg bagus.. tp Farris dapat cikgu2 yg bagus..

Again, up to your preferance lah nk anta anak kt mana.. ikut bajet masing2 lah.. And kita as parents, monitor our children closely ok.. taking part in children progress can be a rewarding experience. jgn lepas tgn, you'll enjoy more of parenting more than u'll ever know.. ;)