Friday, November 12, 2010

Bila isteri dah tak cantik...

wah hebat kan tajuk.. sure korg2 sumer tertanya2 aku ni ada masalah rumahtangga ke kan? hahah... dun panic.. so far my life has been great ok (moga selamanya begini amin..).. ni tajuk artikel org share kt fb.. apa2 hal pun sila baca yer.. n mudah2an jd pedoman n peringatan utk kaum isteri termasuk lah aku.. hehe

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.


Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..


"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.


Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..


Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.


Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.


Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.


Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.


Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.


Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.


Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.


Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.


Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.


Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.


Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .


"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah......."


by Mohd Azli Afandi

xtaulah sapa mohd azli ni tp aku sgt suka dgn pendapat dia.. aku sependapat sesegt dgn dia!

sbnrnya, kalu ikut belah mak ayah aku, mmg ramai di kalangan family kitorg belah mak n ayah ada masalah rumahtangga.. menurut kata incik asben n melalui pemerhatian aku, belah family dia xder la pulak.. aku pun xtau la apa masalah family belah aku ni. sebab dh byk sgt tgk kes2 cannih, secara tak langsung diri aku n personaliti aku agak sensitif bab2 mcm ni.

bg aku lah kan.. faktor2 cannih adalah alasan yg direka oleh org2 yg tak bertanggungjawab aje. zmn mak bapak atok nenek kita dulu, jarang asben n wife bercerai berai. padahal masa dulu2 masing2 beranak smpi 10-11 org. kalu beranak 3 pun dh alignment lari sini sana.. korg ingat kalu beranak 10-11 ada body cun cam anak dara? lebih teruk dr org beranak 3!

aku setuju setiap isteri kena jaga penampilan.. tp aku rasa sgt lah tidak adil kalu jadikan 'cantik' tu satu kemestian utk perempuan buat demi utk ikat asben masing2.. aku rasa setiap pmpuan kt dunia ni kena jaga penampilan n bentuk badan.. bukan utk asben... tp utk diri sendiri. kalu kita cantik, tentu kita lebih yakin kan?? aku rasa dlm hal ni lelaki pun kena educate diri masing2 la sikit. kalu nk isteri tu tip top dr ujung rambut smpi ujung kaki, hah! bg isteri tu jd 'lady of leisure'. konfem cantik. cuba korg tgk norjuma.. rozita che wan.. bgtau aku sapa xmenetessss tgk dorg???? kita perempuan pun jeles kan.. ni kaum lelaki punyalah kedekut nk kuar duit bg bini. silap aribulan baju raya pun bini beli sendiri. tu blm lg bab nk pg facial or buat treatment rambut. kdg2 lelaki ni bukan lah kedekut wpun ramai yg kedekut. maybe gak dorg ni kurang berkemampuan.. tp kalu dh tau tak mampu nk anta isteri 'overhaul' badan.. so apa lagi??? dok diam2.. jangan banyak bunyikkkkk..

ada sesapa tak setuju dgn aku? aku rasa kaum lelaki aje yg xsetuju dgn aku.. hehehe.. apa bules buat.. aku ni feminist and most men are male chauvinist heheh..

ni pendapat aku aje yer.. there's no right and wrong. sapa2 xsuka xper.. since aku dh ckp ni sumer pendapat aku semata2.. i do not welcome any immature comment ye.. pls jgn putar pelit apa yg aku nk tulis hokeh..

1) utk isteri2 termasuk lah diri aku, paling penting, bukan jaga penampilan.. tp jaga kesihatan. kalu kita sihat pun laki blh tggl , bygkan kalu kita sakit canner? hahah.. lg satu kalu kita sihat, anak2 pun terjaga.. insyaallah.. gemuk ke kurus ke tak penting.. yg penting sihat. eat healthy and exercise..

2) make yourself financially independent.. n ada saving sendiri.. so that if anything happen to us, we always have something to fallback on. kalu korg xkeje, xper.. tp make sure ada saving sendirik gak. pandai2 ler selit duit belanja yg asben bg tu utk simpan yer. kalu asben xbg duit, pandai2 la cilok sikit dr wallet dia tehehehehehe..

3)maintain good relationship dgn sedara mara, mak bapak, kawan2 baik.. so that kalu ada masalah kita tau kita tak berseorangan

4) last n yg paling penting. kuatkan keimanan, ketaatan n amal ibadah dgn Allah. sumer yg jd kt kita ni kadang2 sumer tu Kafarah Dosa2 kita aje. Allah nk duga kita sbb nk ringankan azab seksa kita kt akhirat kelak.. kalu kita punya amal ibadah yg kuat n cukup, insyaallah Allah perkenankan doa2 kita.. kita mintak lah Allah ringankn dugaan atas diri kita.. n doa jugak kalau Allah pilih untuk uji kita, doalah semoga Allah bagi kita kekuatan nk menghadapi apa jua ujian yg Allah berikan..

 ni ajelah yg aku nk ckp. sapa2 pun blh kena menda2 cannih. arini kita bahagia, xmustahil one day Allah palingkan hati org yang kita sayang utk org lain.

apa2pun, aku selalu doa... doa aku, kalau lah Allah pilih aku utk diuji yg sebegini, bglah aku ni kekuatan.. jgn la aku jd cam org yg cekik anak2 smpi mati or bunuh diri sebab tertekan.. dh berapa byk kes kita baca kt sokkabar cekik anak2 smpi mati, gantung diri, or bunuh laki gara2 sakit hati kan.. nauzubillah... moga dipelihara iman kita jgn sampai nafsu menguasai hati dan akal..

aku jugak selalu pikir.. kalu Allah nk duga aku dgn dugaan yg hebat2, aku lebih rela Allah duga aku bab rumahtangga drpd Allah duga dgn anak2 yg tak mendengar kata dan juga tak dapat dibentuk jd ummah yg baik. kalu bules xnk salah satu dugaan pun, baik rumahtangga atau anak2. dugaan keje ok lg hahahaha.. amboi blh request ke nk Allah duga kt bahagian mana2 aje.. hehe. anyway, apa2 pun yg Allah nk bg kat aku, aku harap aku dpt handle dgn baik..

P/S: mode ketika menulis sgt jiwang lagi syahdu kerana pas baca artikel itu secara otomastis pikiran terkenangkan seseorang yg sgt dekat dihati saya baru saja bercerai talak 1 dgn suami yg mengahwininya selama 11 taun gara2 org ketiga.. sesapa yg tau sapa org nya sila senyap aje ye. jgn di tulis namanya di comment.. yg rapat dgn aku sure tau sapa yg aku maksudkan..