Tuesday, April 13, 2010

Jadi Mewah Tulis Blog? Wow Wow!!!

petikan dr Harian Metro semalam, 13 April 2010..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
SIAPA sangka bermula dengan hanya memiliki blog peribadi serta menulis sekadar mengisi masa terluang, Mira Abu Bakar, 35, kini berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan hasil daripada menulis blog.


Malah dengan pendapatan itu, dia mampu membeli barang berjenama mewah serta bercuti ke luar negara seperti Paris dan London. Mira juga tidak malu mengakui yang segala keperluannya daripada hujung rambut hingga kaki ditaja syarikat pengiklan. Malah kini pengunjung blognya sudah mencecah lebih empat juta orang dan di kalangan penulis blog, nama Redmummy.com menjadi blog peribadi paling popular dan menerima komen terbanyak daripada pembaca.


Namun menurut ibu kepada dua anak iaitu Shameel, 9, dan Melysha, 6, untuk berada pada tahap sekarang tidak semudah disangka. Ini kerana sebagai penulis blog dia terpaksa mengorbankan banyak tenaga dan masa untuk dikenali seperti sekarang.


Bercerita pembabitan awal dalam penulisan blog, menurut Mira dia menulis hanya sekadar suka-suka, seperti sebuah diari tetapi diadaptasikan secara online.


"Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005. Saya diminta makan testikel kambing dan badan digantung terbalik di Jambatan Putrajaya.


"Ketika itu setiap memori indah dalam Fear Factor saya coretkan dalam blog. Lama-kelamaan menjadi kemestian. Ketika itu blog peribadi masih belum popular dan saya antara pelopornya," katanya.


Menurut Mira, dia langsung tidak pernah terfikir menulis blog boleh menjana pendapatan sehinggalah suaminya Ami Shamril Kamaruddin, 35, mencadangkan agar Redmummy.com mendaftar di bawah Nuffnang.


"Saya memang tidak sukakan iklan, tetapi kerana terpengaruh dengan suami saya lakukan juga. Hasilnya selepas tiga tahun menulis dia menerima pendapatan pertama daripada Nuffnang berjumlah RM90. Diikuti RM150, RM300 sehinggalah sekarang mencecah RM10,000 sebulan.


"Memang saya sangat teruja ketika itu. Tidak sangka menulis boleh mendapat duit walaupun jumlahnya kecil," kata Mira.


Pendapatan pertama menyebabkan Mira semakin bersemangat menulis. Menariknya, blog Mira menceritakan mengenai apa sahaja. Bukan hanya menjurus kepada pengalaman peribadi tetapi termasuk panduan keibubapaan, solekan, fesyen, perhiasan seperti beg tangan, anting-anting juga ulasan filem, konsert, teater serta majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular.


"Inilah antara rahsia mengapa blog saya mendapat ramai pengunjung. Tambah pula pembaca tidak terhad kepada kaum ibu saja tetapi terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang," katanya.


Jika dulu, Mira hanya mengharap kepada iklan Nuffnang tetapi kini kerana populariti, Mira juga dijemput untuk menghadiri pelbagai acara perasmian produk terbaru seperti susu, alat solek, pakaian, salun dan spa sehinggalah alat teknologi seperti kamera dan telefon bimbit.


"Selepas menghadiri acara ini, saya diminta membuat ulasan mengenai produk yang saya gunakan di dalam Redmummy.com. Setiap ulasan yang saya keluarkan di dalam blog adalah berbayar," terang Mira yang menerima RM100,000 untuk ulasan iklan sepanjang tiga tahun menulis blog.


Dengarnya memang menyeronokkan, tetapi ujar Mira sejak menjadi penulis iklan masa tidurnya sudah tidak menentu. Ini kerana pada masa sama, dia juga bertugas sebagai Eksekutif Setiausaha di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur City Center (KLCC). Sebagai setiausaha, sudah tentu dia terpaksa mendahulukan tugas di pejabat kemudian barulah mengemaskini blog peribadi.


"Selepas waktu pejabat biasanya saya menghadiri majlis pelancaran produk sekiranya ada, waktu malam baru saya mengemaskini blog. Ada kalanya sehingga jam 3 pagi," akuinya.


Menurut Mira, dulu dia hanya membuat satu catatan saja sebulan. Tetapi sejak tiga tahun lalu dia semakin aktif menulis dan mengeluarkan lapan penulisan sehari secara penerbitan auto. Malah ada mencecah 10 catatan sekiranya ada ulasan untuk iklan.


"Saya perlu banyak idea untuk menghasilkan penulisan pelbagai. Saya juga tidak menggunakan bahasa Melayu baku dan menggunakan bahasa sendiri untuk mendekatkan diri dengan pembaca," katanya.


Oleh kerana kemeriahan serta kepelbagaian corak penulisan menyebabkan redmummy.com menerima anugerah Top Parenting Blogger untuk blog berbahasa Melayu anjuran Nuffnang serta memenangi Blog Idol pada 2006 disebabkan keceriaan blog bertemakan merah.


Mira juga mempunyai orang kuat iaitu Geng Blog Merah seramai lima orang dan mereka inilah yang akan menyelaras program anjuran Redmummy.com. Antaranya Hari Keluarga Redmummy.com yang diadakan di Putrajaya tahun lalu.


"Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi perkenalan, permainan untuk kanak-kanak, sukaneka dan sesi menikmati makanan yang dibawa oleh semua pembaca blog Redmummy. Ini juga sebagai penghargaan kepada pembaca setia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Redmummy.com," kata Mira.


Tambahnya, aktiviti ini mampu mengeratkan hubungan pembaca blog Redmummy.com dan secara tidak langsung menunjukkan penulis blog juga mempunyai pengaruh tersendiri terhadap khalayaknya.


Kebanyakan pengunjung setia blognya juga mempunyai blog peribadi. Ada yang bertanya bagaimana menjana pendapatan dengan menulis blog. Mereka harus mempunyai semangat yang kuat serta tidak kenal erti putus asa.


"Paling penting menjadi penulis blog tegar perlu mendapat restu suami, ini kerana banyak masa dihabiskan di hadapan komputer. Jadi jika suami memahami, segalanya akan menjadi mudah.


"Bagi suri rumah mungkin mereka boleh melakukannya pada waktu siang selepas membuat kerja rumah. Jangan sehingga asyik berblog menyebabkan rumah tangga menjadi kucar-kacir," katanya.


Sekiranya dalam masa setahun atau dua tahun masih tidak menerima sebarang pendapatan, baginya itu perkara biasa kerana menulis blog memerlukan kesabaran tinggi.



Panduan menjana pendapatan menerusi blog:


1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.


2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.


3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.


4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.


5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.


6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.


7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

My comment?? ni aku punya personal opinion ye. Aku xcakap betul atau salah. I dont judge people. It just that i'm relating her story to me and respond accordingly to my personal view. Kalu ada yg rasa xsuka, blh la cari blog lain utk dibaca.

My comments;

Memang giler bagus dpt duit byk tiap bulan esp duit yg dtg bergolek. Dalam xsedar dpt duit free ye dak. tp iklan yg nuffnang letak tu pulak iklan apa eh? buatnya iklan yg menjurus kepada menda2 yg haram bg umat Islam, pastu ada laks org click.. xpasal2 dpt dosa subahah. Pastu duit tu dh gerenti xberkat. Aku xtuduh iklan nuffnang haram ye. aku pun xtau iklan apa yg dorg taruk sbb aku xpernah masuk n perati betul2 pun. harap2 nya utk org Islam xder la pulak iklan2 menda2 yg haram or bersifat subahah.

Tp aku mmg respek le kt minah ni leh spend byk masa update blog. aku ni ha.. jgnkn nk update blog, nk bukak FB pun anak2 dh jerit2 mintak itu ini. Wpun aku ada maid, anak2 tersgt la attach dgn kitorg. Nk main PS2 dgn kitorg, kalu berak ke kencing ke panggil mak bapak jugak. masa ni xpanggil dah bibik dorg.. sumer nk mak. Safiya lagi la satu hal.. kalu mama dh ada kt rumah, susu pun nk mama buat. xnk minum bibik buat. aduyaiii.. pastu dok atas riba. aku kt dpn TV, dia join sama.. dok dpn laptop join sama. pastu kang pantang aku on PC. mula la dia mintak pasang Dora la, Barney la. padahal bukan xder dvd player. even portable dvd player pun kitorg ada.. tp nk kacau mama jugak..

kadang2 aku rasa buat kek pun aku dh rimas kena kacau dgn anak lg, nk concentrate wat kek sama.. mmg serabut la. sbb tu la aku limitkan xtvt buat kek aku. maybe smpi budak2 ni dh besar n ada life sendirik, baru la aku blh all out. for now buat suka n sbb minat. kalu nk wat sungguh2 mmg xdapek laa.. Lagi mau update blog eh. kalu dia ckp satu ari wat 10 entry, aku 5 hari 10 entry blm tentu bules.. wahahahaha.. mmg xkaya la aku hahaha..

aku cuma ada masa nk blog or baca blog org waktu pagi.. sbb aku sampai awal ke opis. masuk blm setat opis hr. dh setat opis hr aku mcm lipas kudung siapkan segala programming job. nk balik on time la katakan. masa2 dgn anak sgt precious. aku sebolehnya nk balik awal. ada org no hal lepak lama2 kt opis. aku xleh.. i guess it's the way i was brought up. aku kan anak peneroka yg maknya sentiasa ada kt umah.. so aku ada terbawak2 dgn situasi aku masa kecik n apply kt anak2.. bila dh kat umah laks, well kdg2 sibuk masak, sibuk dgn anak2 lg.. pastu wpun aku ada maid, byk lg keje2 umah aku wat sendiri. cthnya kemas almari baju, kemas bilik n masak. pastu dapur pun aku selalu gak kemas sendiri.. aku ni cerewet n mementingkan kebersihan sikit. so mmg ada force dlm diri nk buat menda2 tu sendiri. maid tu pembantu aje. bantu aku yg mana patut2 aje. byk menda aku buat sendirilah. termasukla bab2 layanan anak.. so mana la masanya aku nk cari utk update 10entry yer hehehe..

rezeki masing2 kan.. rezeki org kt menulis.. rezeki kita kt tmpt lain.. tp bg aku dlm idup ni rezeki yg paling berharga adalah bukan rezeki duit.. bukan handbag mahal, bukan kasut designer, bukan jam ribu riban, bukan handphone or segala gadget yg semakin ari semakin canggih tuu... tp rezeki yg aku cari adalah rezeki mendapat kesihatan yg baik (utk aku, asben, anak2, keluarga), dpt anak2 yg baik2 (baik dr segi umat Islam n sebagai seorang anak), n rezeki dpt suami yg baik (yg membimbing ke jalan yg betul, yg pengasih , penyayang n bertanggungjawab).

Rezeki2 inilah yg aku rasa lebih penting dr segala2 yg ada kt muka bumi ni.. mudah2an kita sumer diberikan Allah rezeki2 ini sepanjang hidup kita. insyaallah..  Aminnn...