Thursday, March 11, 2010

Safiya Maisarah vs Syafia Humairah

Safiya Maisarah & Syafia Humairah. Both 3 this yr.

Seorang, anak yang aku sayang.. dan seorang lagi budak yang aku xpernah kenal, tp terasa begitu dekat dihati..

Safiya Maisarah is my daughter. buah hati pengarang jantung. dia ni gedik2 n cheeky sikit. xmcm abang dia yg lebih pendiam tp manja. Safiya banyak cakap. mmg petah sesangat. sangat manja dgn aku n tido bwh ketiak.

Syafia Humairah, aku tau psl budak ni thru newpaper. kesian dia meninggal dunia sebab di seksa dan didera oleh boyfren emaknya... lepas dia meninggal dunia, satu persatu kepincangan keluarga ni dibuka. Allah maha kuasa, derhaka kepada-NYA, didunia lg dah di tunjuknya.

Aku sangat2 tersentuh hati. bila teringat kisah ni air mata aku laju menitis. naluri seorang ibu aku mcm disentap2.. aku nak naik tangan kat anak pun xsanggup. kadang2 bila husband tangankan anak, hati kecil aku mcm di hiris2.. wpun pukulan perlahan itu demi untuk mengajar dan mendidik. anak2 begitu dekat di hati aku..

bagi aku ni kisah sedih.. sedih kerana membuktikan kepincangan keluarga Islam. Sedih sbb kesusahan hidup dijadikan alasan utk membuat dosa bukan pahala. hanya kerana hilang tmpt bergantung, bercinta dan bersekedudukan dgn bukan suami yang sah.

sesusah mana pun hidup kita, go back to basics. Allah maha ampun maha penyayang. mintak lah bantuan dr Allah. Iman kena kuat. sbb iman lah yang akan menetukan kewarasan kita dlm susah dan dalam senang. Solat tu tiang agama. Tiang yang kena kuat.. Kasihan anak ini kerana dia mendapat si ibu yang jahil.. yang tidak tahu erti tanggungjawab dan amanah..

Walaupun yang membunuh itu adalah kekasih ibunya... tp aku memandang kisah ini sebagai kesilapan ibunya..

dan semoga Allah membalas perbuatan mereka dan memelihara kita dan iman kita drpd benda2 yang melalaikan dan merosakkan.. Semoga diberi kesempatan oleh Allah untuk mereka bertaubat.

Untuk adik Syafia Humairah, semoga dirahmati Allah dan aku akan sentiasa mengenang dia dalam doa2 aku.. Syafia Humairah.. aku terasa budak ni macam anak aku sendiri.. kerana namanya yang hampir sama.. dan juga umur mereka.. cuma malangnya.. adik ini hadir di dunia ini hanya sementara.. dan untuk memberi pengajaran kepada kita supaya jgn leka..

takutlah azab Allah.. bukan takut n malu dgn manusia.. tp takut n malu kepada Allah. yang itu mesti dipahat dalam hati sanubari..